Skip to content

Kelulusan Vendor ​

Panduan untuk Tender Admin meluluskan permohonan vendor baharu.

Prasyarat ​

  • Peranan: tender_admin atau tenant_admin
  • Kebenaran: vendor:list_all

Aliran Kelulusan ​

Vendor menghantar permohonan
       ↓
Permohonan masuk ke Barisan Kerja Admin (status: PENDING)
       ↓
Tender Admin semak butiran profil
       ↓
Pilih satu daripada 4 tindakan:
  - APPROVE      → vendor aktif
  - REQUEST CHANGES → vendor diberitahu perubahan
  - REJECT       → vendor dimaklumkan dengan sebab
  - HOLD         → simpan untuk kemudian
       ↓
E-mel automatik dihantar kepada vendor

Langkah-Langkah ​

1. Buka Barisan Kerja ​

Pergi ke Admin → Permohonan Vendor. Senarai memaparkan semua permohonan dengan status PENDING.

2. Pilih Permohonan ​

Klik permohonan untuk membuka Halaman Semakan Vendor.

3. Semak Profil ​

Tab-tab profil vendor ditunjukkan dengan diff (perubahan dari versi sebelumnya jika ada):

  • 🟢 Hijau — medan baharu atau telah diubah
  • ⚪ Putih — tiada perubahan

Periksa:

TabApa yang dicari
KeteranganNama syarikat = SSM, alamat lengkap, no telefon aktif
KelayakanSijil CIDB / MOF dimuat naik dan masih sah
Pemegang SahamLengkap dan jumlah peratus = 100%
Pekerja KananSekurang-kurangnya 1 pegawai dengan IC
AkaunAkaun bank rasmi syarikat (BUKAN peribadi)
FailSijil-sijil yang dimuat naik konsisten dengan tab Kelayakan
Orang PerhubunganSekurang-kurangnya 1 orang dengan e-mel aktif

4. Pilih Tindakan ​

APPROVE ​

Vendor akan dimaklumkan via e-mel dan status mereka berubah ke APPROVED. Mereka kini boleh:

  • Melanggan tahunan (jika dikehendaki)
  • Membeli dokumen tender
  • Memohon Kebenaran Khas

Audit Trail

Setiap kelulusan ditandakan dengan ID anda + cap masa + alamat IP. Audit log tidak boleh diubah (DB trigger).

REQUEST CHANGES ​

Pilih medan-medan spesifik yang perlu diubah dan tulis catatan ringkas (mandatory). Vendor akan menerima e-mel dengan butiran:

Hai [Nama Syarikat],

Permohonan vendor anda di STO360 memerlukan perubahan:

- [Medan 1]: [sebab]
- [Medan 2]: [sebab]

Sila kemaskini dan hantar semula.

REJECT ​

Tindakan ini final — vendor tidak boleh hantar semula sehingga 30 hari. Sebab mesti ditulis dengan jelas. Contoh sebab yang sah:

  • Sijil CIDB telah tamat tempoh
  • Maklumat tidak konsisten dengan SSM
  • Syarikat tersenarai hitam oleh agensi lain

HOLD ​

Simpan untuk semakan kemudian (e.g., menunggu maklumat tambahan). Status kekal PENDING tetapi permohonan ditandakan untuk perhatian anda.

5. Pengesahan ​

Sistem akan mengesahkan tindakan anda dan:

  1. Mengemaskini status vendor di pangkalan data
  2. Menghantar e-mel kepada vendor
  3. Merekod entri dalam audit_log
  4. Memberitahu anda jika ada tindakan susulan diperlukan

Pengurusan Permintaan Kemaskini ​

Vendor sedia ada boleh menghantar permintaan kemaskini untuk mengubah profil mereka. Aliran semakan adalah serupa tetapi dengan diff yang lebih fokus pada medan yang diubah sahaja.

Lihat Juga ​

Diterbitkan oleh Cybernet Consulting Sdn Bhd · SSM 202501039024