Skip to content

Cipta Notis Baharu

Panduan untuk Pegawai Perolehan mencipta notis tender atau sebutharga baharu.

Prasyarat

  • Anda log masuk sebagai tender_admin atau tenant_admin
  • Anda mempunyai kebenaran notice:create
  • PBT anda mempunyai sekurang-kurangnya satu organisation aktif

Aliran 9-Tab

Notis dicipta melalui borang 9-tab. Anda boleh menyimpan sebagai DRAFT pada bila-bila masa dan kembali nanti.

1. Tetapan   →  2. Paparan Lengkap  →  3. Kelayakan

4. Acara    →   5. Fail            →  6. Jadual Harga

7. Padanan Vendor  →  8. Semakan    →  9. Siar

Langkah-Langkah

1. Buka Halaman Notis Baharu

Dari papan pemuka, klik NotisBaharu. Atau dari menu sidebar: Notis → Cipta Baharu.

2. Tab 1: Tetapan

MedanKeterangan
JenisTENDER atau SEBUTHARGA
KategoriPERKHIDMATAN, PEMBEKALAN, PERUNDING
TajukTajuk rasmi notis (BM disyorkan)
PeneranganPenerangan ringkas (opsional)
Skop Org SahajaHadkan kepada vendor berdaftar dengan org ini
Skop TerhadMemerlukan Kebenaran Khas untuk membida

3. Tab 2: Paparan Lengkap

Isi maklumat ditailed:

  • Nombor Rujukan — automatik atau manual (e.g. MBJB-T-001/2026)
  • Tarikh Iklan Mula/Tutup — tempoh pengiklanan
  • Tarikh Jual Mula/Tutup — tempoh pembelian dokumen
  • Harga Dokumen — RM (0 untuk percuma)

4. Tab 3: Kelayakan

Tetapkan rules kelayakan vendor menggunakan kombinasi:

Kategori (operator AND):

  • CIDB Gred + Bidang (e.g. G4 + CE21)
  • MOF Kod Bidang (e.g. 040401)
  • Lain-lain (BUMI, Negeri, dll.)

Mod:

  • SEMUA — vendor mesti memenuhi SEMUA syarat
  • SALAH SATU — vendor cukup memenuhi mana-mana satu

Padanan Masa Sebenar

STO360 menggunakan engin padanan masa sebenar, bukan batch sejam seperti STOM. Apabila anda menyiar notis, semua vendor layak segera mendapat akses dalam tab "Layak".

5. Tab 4: Acara

Tambah briefing, lawatan tapak, atau temubual.

MedanCatatan
JenisBRIEFING, LAWATAN_TAPAK, TEMUBUAL
Tarikh & MasaMesti sebelum tarikh tutup
LokasiAlamat fizikal atau pautan video
WajibJika ya, vendor MESTI hadir untuk membida
Mod HadirFIZIKAL, ONLINE, HYBRID

6. Tab 5: Fail

Muat naik dokumen tender:

  • Format: PDF, DOCX, XLSX (saiz maksimum 50 MB setiap fail)
  • Boleh ditandakan SULIT atau TERHAD
  • Boleh disorok daripada paparan awam (hanya pembeli boleh muat turun)

7. Tab 6: Jadual Harga (opsional)

Untuk tender bernilai tinggi, tambah jadual harga (price schedule) — vendor mesti isi borang ini sebagai sebahagian daripada bid.

8. Tab 7: Padanan Vendor

Pratonton senarai vendor yang LAYAK berdasarkan rules anda. Periksa kuantiti — jika 0 vendor padan, semak semula rules kelayakan anda.

9. Tab 8: Semakan

Tab ini memaparkan ringkasan keseluruhan notis untuk semakan akhir. Pastikan:

  • ✅ Semua maklumat penting diisi
  • ✅ Dokumen yang sepatutnya dimuat naik telah ada
  • ✅ Tarikh-tarikh konsisten
  • ✅ Bilangan vendor layak munasabah

10. Tab 9: Siar

Klik Siar Notis. Sistem akan:

  1. Mengubah status notis dari DRAFSIAR
  2. Menghantar e-mel kepada vendor layak (jika dikonfigurasi)
  3. Mengaktifkan kerusi pembelian dokumen
  4. Menambahkan notis ke senarai awam

Status Transition

Selepas SIAR, notis tidak boleh diubah secara bebas — sebarang perubahan memerlukan Pindaan Tender dengan kelulusan tenant_admin.

Pindaan Selepas Siar

Jika anda perlu mengubah notis selepas SIAR:

  1. Pergi ke tab Pindaan pada notis
  2. Klik Cipta Pindaan
  3. Isi sebab dan perubahan
  4. Hantar untuk kelulusan
  5. Vendor yang sudah berminat akan dimaklumkan automatik

Lihat Juga

Diterbitkan oleh Cybernet Consulting Sdn Bhd · SSM 202501039024